Friday, October 16, 2009

Seorang lagi bekas pelajar SRC 1971 - 1978 - M. Nadeson

16 Okt 2009


Dah lama saya ingin perkenalkan classmate saya dari tahun 1971 hingga 1978 iaitu sahabat baik saya Nadeson S/O Dato' Marimuthu. Hari ini dapat saya berjumpa dengan beliau sebab saya dijemput ke rumahnya untuk jamuan Deepavali.

Seperti tahun-tahun lepas, saya tidak pernah tidak menghadiri jamuan Deepavali di rumah Nadeson kerana kami memang kawan baik. Bapanya iaitu Dato' Marimuthu adalah bekas senator MIC dan bekas timbalan ketua Bahagian MIC Gopeng juga adalah sahabat karib saya.

Nadeson adalah seorang yang pendiam tapi banyak berfikir dan berusaha sehingga berjaya. Selepas tamat tingkatan 6, beliau telah bekerja sebagai pembancuh ubat di Hospital Besar Ipoh sebelum beliau menjadi seorang guru di Sekolah Menengah Bidor.

Berkat kerajinan dan usahanya beliau telah berjaya mendapat Ijazah Sarjana dalam jurusan Kimia. Memang di sekolah dia seorang pakar kimia. Tempohari bila bekas pelajar SRC 1979-1980 menganjurkan Majlis Raya, saya turut menjemput beliau untuk hadir sama tapi malangnya beliau terpaksa menghantar anaknya pulang ke kampus UM.

Kata Nadeson, di sekolanya ada seorang cikgu bernama Cikgu Rohani juga bekas pelajar SRC junior kita. Saya akan cuba dapatkan sedikit gambaran mengenainya satu hari nanti.


Kepada semua bekas pelajar SRC yang beragama hindu, saya ucapkan "Selamat Deepavali". Semoga anda sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan ceria.

1 comment:

Subandrio said...

Kol Mohd Rawa - Saya kenal Nadeson dan saya pasti dia ingatkan saya kerana jika tak silap saya beliau juga pernah memohon untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia tetapi saya tak pasti apa yang terjadi kepada beliau. Saya gembira kerana hati saya tergerak untuk cuba mencari jejak teman2 di dalam facebook dan saya berjaya menemui sahabat yang sudah hampir 30 tahun lebih tidak bertemu. Moga saya dipertemukan dengan seorang insan istimewa dari SRC yang tidak akan padam dalam kotak ingatan saya selagi darah saya masih mengalir dan selagi nadi saya masih berdenyut.Hanya teman dari Tingkatan 6 Atas 2 tahun 1978 yang mungkin tahu siapakah insan istimewa tersebut.