Thursday, October 29, 2009

Gambar Kenangan Kelas Tiusyen 1976

29 Oktober 2009

Gambar kat bawah ni adalah gambar ketika saya sedang mengajar sekumpulan pelajar Tingkatan 3 dalam matapelajaran Matematik. Ketika itu saya sedang menunggu keputusan SPM dan maklumlah nak cari kerja masa itu pun susah.


Hendak tandak sekumpulan ibubapa telah merayu dan memujuk saya supaya mengongsikan ilmu saya untuk membimbing anak-anak mereka. Masa saya di SRC dulu memang terkenal dengan keteroran matematik saya.

Salah seorang bapa kepada pelajar tingkatan 3 ini adalah penjaga surau di Hospital Bahagia Tg. Rambutan. Dengan tempat yang disediakan ini dapat saya menjalankan kelas tiusyen saya yang pertama pada tahun 1976.

Gambar Prefect SRC 1978

29 Oktober 2009

Cari punya cari akhirnya terserempak dengan sekeping gambar nostalgia. Gambar sekumpulan prefect SRC ketika kami ke rumah Zulkifli di Bukit Gantang, Taiping. Sudah tentulah kalau singgah Bukit Gantang tak makan durian buat apa lagi.


Waktu itu kami dalam perjalanan ke satu destinasi .... tapi tak ingat. Al-maklumlah dah hampir 31 tahun lamanya.

Antara nama-nama yang saya ingat: Zulkifli, Allahyarham Harun, Sarjit Singh, Hadi, Zamzuri, Lim ...

Sunday, October 25, 2009

Majlis Deeparaya @ OUM Perak

Pada tanggal 18 Okt 2009 telah diadakan satu Majlis Sambutan Deeparaya di OUM Perak (Jln Lim Bo Seng) antara jam 12tgh hingga 2ptg. Majlis ini telah dihadiri oleh hampir 200 orang pelajar, tutor serta anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ain Simpang Pulai serta anak-anak dari Mother Teresa's Reading Shelter Buntong.

Penyerahan sumbangan dari OUM kepada Pengurus Rumah Anak Yatim Baitul Ain


Penyampaian sumbangan kepada pengurus Mother Teresa's Reading Shelter

Anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ain sedang menjamu selera

Dalam ucapan Deeparayanya, Pengarah OUM Perak, Richard Ng, yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan, Ipoh, mengalu-alukan kehadiran semua pelajar, tutor serta anak-anak yatim yang dijemput sama. Kata beliau, sambutan Deeparaya cukup bermakna bagi OUM Perak kerana bukan sahaja ianya dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara semua pelajar, tutor dan staf OUM Perak malah ianya dapat meraikan orang-orang yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim yang hadir.



Para pelajar sedang mengambil makanan masing-masing



Beginilah suasana Majlis Sambutan Deparaya di OUM Perak

Sebaik sahaja selesai ucapannya, Pengarah OUM Perak menyerahkan sumbangan dari OUM kepada pengurus Rumah Anak Yatim Baitul Ain dan juga pengurus Mother Teresa's Reading Shelter. Anak-anak yatim yang hadir turut dihulurkan duit raya.







Para hadirin kemudian dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan beraneka jenis. Antaranya termasuk lemang serta rendang ayam, nasi himpit, sate, capati, bee hoon goreng, lontong, serta kuih muih.

Friday, October 16, 2009

Seorang lagi bekas pelajar SRC 1971 - 1978 - M. Nadeson

16 Okt 2009


Dah lama saya ingin perkenalkan classmate saya dari tahun 1971 hingga 1978 iaitu sahabat baik saya Nadeson S/O Dato' Marimuthu. Hari ini dapat saya berjumpa dengan beliau sebab saya dijemput ke rumahnya untuk jamuan Deepavali.

Seperti tahun-tahun lepas, saya tidak pernah tidak menghadiri jamuan Deepavali di rumah Nadeson kerana kami memang kawan baik. Bapanya iaitu Dato' Marimuthu adalah bekas senator MIC dan bekas timbalan ketua Bahagian MIC Gopeng juga adalah sahabat karib saya.

Nadeson adalah seorang yang pendiam tapi banyak berfikir dan berusaha sehingga berjaya. Selepas tamat tingkatan 6, beliau telah bekerja sebagai pembancuh ubat di Hospital Besar Ipoh sebelum beliau menjadi seorang guru di Sekolah Menengah Bidor.

Berkat kerajinan dan usahanya beliau telah berjaya mendapat Ijazah Sarjana dalam jurusan Kimia. Memang di sekolah dia seorang pakar kimia. Tempohari bila bekas pelajar SRC 1979-1980 menganjurkan Majlis Raya, saya turut menjemput beliau untuk hadir sama tapi malangnya beliau terpaksa menghantar anaknya pulang ke kampus UM.

Kata Nadeson, di sekolanya ada seorang cikgu bernama Cikgu Rohani juga bekas pelajar SRC junior kita. Saya akan cuba dapatkan sedikit gambaran mengenainya satu hari nanti.


Kepada semua bekas pelajar SRC yang beragama hindu, saya ucapkan "Selamat Deepavali". Semoga anda sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan ceria.

Wednesday, October 14, 2009

Bekas Pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan 1980

Oct 14, 2009 oleh Richard Ng

Semasa saya menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya dan Deepavali anjuran Open University Malaysia (OUM), kampus induk di Kuala Lumpur semalam, saya terserampak seorang lagi bekas pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan (SRC) yang mengenali saya iaitu Sdri Teh Lai Ling.

Sdri Teh Lai Ling semasa mengambil makanannya di Majlis Raya OUM

Saya memang tidak mengenali beliau kerana beliau adalah junior saya. Sdri Teh kini berkhidmat dengan Open University Malaysia sebagai salah seorang ahli akademik di Fakulti Bahasa Inggeris.

Tun Jeanne (berdiri) dan Tun Abdullah (membelakangkan kamera). Turut hadir Tan Sri Azman Hashim

Tetamu kehormat majlis ini ialah Tun Jeanne Abdullah iaitu Canselor OUM serta Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir Tan Sri Azman Hashim iaitu Pro-canselor OUM.

Richard Ng, Pengarah OUM Perak (3 dari kanan) bersama rakan-rakan pengarah OUM yang lain

Diharap jika ada rakan-rakan lain atau bekas-bekas pelajar SRC lain yang membaca artikel, sila kirimkan gambar dan sedikit artikel latar belakang kepada saya melalui emel saya richng88@gamil.com.

Saturday, October 10, 2009

Blog Koperasi Bekas Pelajar SRC

Oct 10, 2009

Tahniah diucapkan pada Sdri Azizah Karim (Setiausaha Penaja) kerana dapat membangunkan sebuah blog untuk SRC iaitu Blog Koperasi Bekas Pelajar SRC.

Terdapat gambar-gambar terkini ketika Majlis Hari Raya Bekas Pelajar SRC anjuran batch 1979 - 1980 pada 26 Sept 2009 di Royal Iph Club.

Blog Koperasi Bekas Pelajar SRC

Antara gambar-gambar yang menarik yang dipetik dari blog ini danyang belum dipaparkan sebelum ini:

Gambar kenangan pada akhir Majlis tersebut

Gambar empunya yang turut menerima cenderahati kerana datang lambat

Turut menerima cenderahati ialah Sdri Azizah Karim

Geng-geng ni jumpa hari tu tapi tak ingat nama depa

So, lepas ini apa rancangan Zizah?

Klik di sini untuk melayari blog tersebut.

Friday, October 2, 2009

YA Tuan Tarmizi Abdul Rahman - Bekas pelajar SRC 1975 - 1976


YA Tuan Tarmizi Abdul Rahman adalah salah seorang bekas pelajar SRC tingkatan 6 tahun 1975 - 1976 kalau tak silap saya seangkatan dengan Sdra Rahman, ketua prefect masa tu. Sdra Tarmizi saya kenali semasa saya tinggal di Hostel SRC dan beliau turut berada di situ.

Sejak di bangku sekolah lagi beliau memang mempunyai imej yang kelihatan cerdik (intelligent look) dan memang mempunyai rupa seorang peguam. Tapi sekarang beliau adalah hakim di Mahkamah Tinggi Ipoh yang dilantik pada 5 Januari 2009.

Sumber: http://202.75.7.131/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=41&Itemid=181&lang=bm&limitstart=3

Hamdan Sulaiman - guru SRC yang amat disayangi

2 Oktober 2009 oleh Richard Ng

Setelah sekian lama, akhirnya terjumpa juga salah seorang guru Sekolah Menengah Raja Chulan yang amat kami sayangi iaitu Cikgu Hamdan Sulaiman. Cikgu Hamdan Sulaiman telah memegang banyak jawatan penting dan yang terakhir sekali ialah di syarikat Nauticalink Berhad (kini dikenali sebagai KOSMO TECHNOLOGY INDUSTRIAL BERHAD) memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutifnya. Apabila syarikat Nauticalink Berhad menjalani pengstrukturan syarikat, Cikgu Hamdan telah meninggalkan syarikat yang baru iaitu KOSMO TECHNOLOGY INDUSTRIAL BERHAD.

Profil Cikgu Hamdan Sulaiman yang saya petik dari Laporan Tahunan Syarikat Nautical Berhad

Pelajar SRC tahun 1966 hingga 1974 tentu mengenalinya sebagai seorang guru bola lisut yang amat digeruni. Apa tidaknya, pasukan SRC sering disegani oleh pihak lawan dengan nama pasukan "The Cobra". Saya juga salah seorang ahli pasukan Cobra ini sebagai pitcher. Saya juga adalah Ketua Darjah semasa Cikgu Hamdan menjadi guru darjah Tingkatan 1A pada tahun 1972.

Peristiwa yang amat saya tidak lupa ialah semasa kami mengadakan sambutan Hari Guru, cikgu kelas belum sempat masuk ke kelas habis makanan yang kami bawa. Apa lagi, semua pelajar kena berdiri atas meja dan kena sebat le. Tapi saya tak kena sebab ketua darjah ha ha.

Pada suatu hari kira-kira 5 tahun dahulu, ada satu artikel mengenai saya telah muncul dalam akhbar Utusan Malaysia. pada petang tu, Cikgu Hamdan menelefon saya dan bertanyakan sama ada nama dalam surat khabar itu sebenarnya anak muridnya. Sayapun terkejut kerana tak sangka saya menerima satu panggilan telefon dari bekas guru PJ dan BM saya. Cikgu Hamdan memesan pada saya supaya menelefonnya jika saya berada di KL.

Saya seronok belajar BM dan PJ dengan Cikgu Hamdan. Cikgu Hamdanlah yang berjaya mencungkil bakat saya dalam permainan Bola Lisut. Kalau Cikgu Hamdan ada membaca artikel ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih pada seorang yang saya anggap tokoh guru.

Kalau ada rezeki cikgu, kita akan berjumpa di KL nanti.

Thursday, October 1, 2009

Klip video yang tak lekang dek panas ...

Berikut adalah klip video yang sentiasa menjadi penghibur sepanjang zaman:

Bujang Lapok pergi ke sekolah:



Labu Labi:



Hj Bakhil Bin Kedekut:



Pendekar Bujang Lapok:



Seniman Bujang Lapok: