Saturday, May 19, 2012

Sambutan Hari Guru SRC pada 16 Mei 2012 sungguh meriah



Paparan blog hari ini tertumpu pada majlis sambutan Hari Guru di SMK Raja Chulan Ipoh pada 16 Mei 2012. Lawatan saya ke sekolah kesayangan kita ini merupakan kali ke2 pada tahun ini. Kali pertama ialah pada 21 Mac semasa pembentangan keputusan peperiksaan SPM oleh Pengetua SRC, Pn Hjh Saadiah.



Lanjutan dari pertemuan saya dengan Pengetua SRC maka pihak kami dari Open University Malaysia di mana saya selaku Pengarahnya di Perak telah bersetuju menghulurkan bantuan yang diperlukan.



Syahadan maka keputusan telah pihak kami buat untuk menyerahkan 2 unit komputer, 1 unit projektor LCD dan skrin pada 16 Mei 2012 jam 2.30ptg di Dewan SRC sebagai hadiah Hari Guru kepada sekolah kesayangan kita. 40 buah kerusi dan meja akan dihantar dalam masa terdekat bagi menyempurnakan permintaan SRC kepada pihak kami.



Majlis yang disertai oleh seramai 100 orang pelajar dan guru SRC bermula tepat jam 2.15ptg dengan ucapan Pengetua SRC Pn Hjh Saadiah. Selepas itu saya telah dipelawa untuk memberi ucapan ringkas. Dalam ucapan saya, saya mengambil kesempatan untuk mengucap Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SRC yang hadir.



Saya juga sempat menghadiahkan dua rangkap pantun pada para guru SRC seperti berikut:

Buung serindit burung merpati
Yang satu cantik dan yang satu lagi ku minat
Warga pendidik tetap diingati
Mendidik kita hingga kering keringat

Buah cempedak dibawa belayar
Masak sebiji harum sekapal
Guru mana yang tak sayangkan pelajar
Bersusah payah langsung tak jadi hal 

Saya menasihatkan guru-guru SRC supaya jangan berputus asa untuk memberi tunjukajar pada adik-adik kita yang masih mentah sebabnya antara mereka ini akan muncul pemimpin negara dan orang yang bakal berjasa kepada bangsa dan negara.

Pada adik-adik SRC ini juga saya nasihatkan supaya sentisa tekun belajar dan mendengar segala nasihat dan tunjukajar yang diberikan oleh guru-guru kita kerana kejayaan kita banyak bergantung kepada diri kita sendiri dengan bimbingan guru-guru kita.

Persembahan dari pelajar SRC menyusul selepas itu dengan persembahan dari pelajar yang muncul johan dalam kategori pembentukan formasi Jepun di Perak. Selepas pula diikuti persembahan oleh pasukan  kompang yang telah muncul juara dan mewakili Negeri Perak.

Sebelum majlis bersurai pada kira-kira jam 3.30ptg, telah diadakan penyerahan peralatan dari pihak OUM kepada Pengetua SRC. Semoga iainya dapat membantu sedikit sebanyak menaikkan semangat pelajar dan guru SRC.

Tepat dengan slogannya: "Kita datang dengan harapan dan Pulang dengan Kejayaan". serta Tajuk Lagu Sekolah: :"Usaha Tekun Maju dan Jaya", maka jasa guru SRC kepada kita tiada tolok bandingnya. Tanpa SRC siapalah kita pada hari.

Saya amat bangga dengan SRC.

Wednesday, December 15, 2010

Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar SRC semasa sambutan Hari Raya pada 26 Sept 2010

Posted by Richard Ng

Gambar kenangan ...

Sudah sekian lama blog ini tidak dikemaskini. Yalah masing-masing sibuk mencari rezeki. Walau bagaimanapun, sekumpulan bekas pelajar SRC memang selalu berjumpa di ruang siber melalui Facebook. Bermacam-macam Facebook telah dibangunkan demi memartabatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan yang kita amat sayangi.

Pendaftaran peserta

Antara bekas pelajar VIP

Perbincangan serious. Dari kiri: Dato' Ramly, Azizah, Richard dan Tn. Hj. Alwi

Syahadan maka satu perjumpaan telah diatur oleh AJK Koperasi Bekas Pelajar SRC untuk menemukan semua bekas pelajar SRC dari batch 1970an hinggalah ke batch 1980an. Tempatnya di Regency Tower Hotel di Ipoh pada 26 September 2010.

Dato' Ramly sedang menyampaikan ucapannya

Suasana majlis yang begitu ceria sekali

Lebih dari 150 orang bekas pelajar SRC yang datang dari jauh dan dekat telah hadir. Turut hadir sama ialah Dato' Ramly Zahari, Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato' Puhat Nayan, Ketua Pengarah KEMAS, Tuan Yang Arif, Tarmizi Abdul Rahman, serta Pengetua SRC, yang juga bekas pelajar SRC.

Bermacam-macam juadah disediakan

Bekas guru SRC turut dijemput sama. Antaranya termasuk Dr. Ismail Zain serta isteri, Puan Hendon, yang juga bekas pelajar SRC, Tuan Hj. Alwi, dan Cikgu Sairan.

Bekas guru SRC yang turut hadir sama

Memperkenalkan Pengetua SRC, Pn. Hjh Saadiah

Bayangkan suasana majlis ini bilamana bekas pelajar SRC pada kali pertama bertemu selepas 30 tahun meninggalkan SRC! Masing-masing sibuk bersembang menceritakan berbagai hal sehingga terlupa menjamu selera kuih raya.

Pengetua SRC, Pn. Hjh Saadiah, sedang menyampaikan ucapannya

Apapun diucapkan tahniah kepada Sdri Azizah Karim, Pengerusi Koperasi Bekas Pelajar SRC yang telah mengambil inisiatif bersama-sama dengan AJKnya dalam menjayakan majlis ini.

Bergambar bersama Dato' Puhat Nayan (kiri)

Geng 71 - 78. Dari Kiri: Zamhuri, Jamal, Rawa, Siti Arab, Chantra Bose, Richard Ng, Zaharulail, Nadeson, Suhaimi dan An Azah

Geng-geng saya dalam batch 1971-1978 yang turut hadir termasuk Kol. Rawa, Chantra Bose, Nadeson, Fauziah Ghulam, Zamhuri, Abdul Jamal, An Azah, Mohd Adnan, Zaharulail, Suhaimi, dan Siti Arab.

.... bersambung

Tuesday, March 2, 2010

Jejak Kasih - Gambar Prefect SRC 1975

2 Mac, 2010



Gambar ini telah diuploadkan dalam FaceBook Chandra Bose, salah seorang teman satu kelas sejak Form 1 lagi.

Diharap dengan penampilan gambar Prefect SRC tahun 1975 dalam blog dapat membawa kenangan manis buat semua prefect pada zaman yang sewaktu dengannya. Bagi mereka yang namanya tidak dapat disebutkan di sini, sila berikan maklum balas melalui ruang komen supaya dapat dimuatkan nama-nama mereka untuk kenangan bersama.

Ketua prefect pada masa itu ialah Saudara Rahman, yang kini sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Guru besar SRC pada masa itu ialah Tuan Hj Ghaffar Bin Hashim dan Guru Prefect ialah En. Ismail Bin Salleh, Cik Kandavanam dan Uztaz Zulkifli.

Yang saya masih ingat dalam gambar di atas, berdiri di barisan belakang, dari kiri: Mohd Salim, Richard Ng (ke-4),Chandra Boss (ke-6), Ahmad Sanusi (ke-12), Zainul Kamal (ke-13), Abraham (ke-14), Suriadi (hujung sekali).

Monday, February 8, 2010

Geng Penghuni Asrama Putra serta Prefect SRC 1977 - 1978

Berikut adalah gambar geng geng penghuni asrama putra dan prefect SRC 1977 - 1978 yang diambil dari facebook Kol Mohd Rawa dan Halele:

Dari kiri: Mat Ayo, Raus, Ghazali, Amir, Rawa, Arwah Harun, Che Ree, dan Zulyadin







Gambar prefect

Gambar pasukan kadet

Gambar Nostalgia dari Sdra Mohd Shahid Ashaari (1967 - 1969)

8 Februari 2010 Oleh Mohd Shahid Ashaari (Pelajar SRC 1967 - 1969)


Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Ipoh bermula sebagai sebahagian daripada Sekolah Menengah Anderson Ipoh pada bulan Januari 1961. Pada masa ini, hanya dibuka sebuah kelas Tingkatan Satu dengan bahasa perantarannya Bahasa Melayu. Pentadbirannya pula dikelolakan oleh Sekolah Menengah Anderson Ipoh dengan penuntut kesemuanya lelaki.


Pada penggal kedua tahun 1964, berlaku suatu perubahan dari segi penuntutnya. Selain daripada penuntut yang sedia ada di Sekolah Menengah Anderson, sekolah ini juga menerima penuntut perempuan yang beraliran Melayu dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Ipoh. Mulai detik tersebut, sekolah ini mempunyai penuntut lelaki dan perempuan dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang pentadbirannya diletakkan di bawah seorang penyelia.


Mulai 1 Januari 1967 pula, sekolah ini mempunyai pentadbir sendiri (Guru Besar nya ialah En. Abdul Razak bin Atur dan Penolong Guru Besar nya ialah En. Sanusi bin Samid) dan jumlah kelas ketika itu 36 buah. Pada masa ini, kelas-kelas (dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) di tempatkan di tiga tempat iaitu:
1) bangunan berhampiran padang disebelah tepi sungai Kinta,
2) bangunan tepi padang sekolah
bagi sesi pagi.
Pada sesi petang pula, sebahagian bangunan Sekolah Anderson juga digunakan untuk kelas, iaitu tambahan kepada kedua-dua bangunan tadi. Kelas bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 diadakan pada sesi petang.


Pada 3 Jun 1968, bangunan baru (Bangunan Utama) siap dibina di Jalan Dairy Ipoh. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berpindah ke bangunan baru di Jalan Dairy, Ipoh.
Kos keseluruhan bagi bangunan dan tanah untuk SRC pada ketika itu bernilai RM 400,000.00.
Kos tersebut adalah bagi tiga bangunan kelas dan satu bangunan kantin sekolah.

Pada 28 Mac 1969. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) telah diberi nama baru iaitu Sekolah Raja Chulan(SRC), Jalan Dairy, Ipoh. Seterusnya pada hari yang sama telah dirasmikan oleh YB En. Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Semasa ini Guru Besar SRC ialah En Yahya bin Shafie, iaitu Guru Besar mulai Tahun 1969.

Mulai sesi persekolahan tahun 1970, satu kelas Tingkatan 4 Sains Tulen di ujudkan selain kelas biasa Tingkatan 4. Ini adalah kerana kerajaan mula memperkenalkan pelajaran aliran sains tulen di sekolah menengah aliran Kebangsaan.

Pada sesi persekolahan mulai Januari 1972 SRC seterusnya melangkah setapak lagi kemajuan dengan diperkenalkan Tingkatan 6 Rendah pula. Pada tahun ini juga sekolah ini mula menempatkan murid-murid Tingkatan 6 diasrama bagi mereka yang tinggal jauh dari sekolah.

=================

Sdra Mohd Shahid Ashaari kini berkhidmat di Jabatan Teknologi Maklumat, LHDN (KL)
Emel: mohdshahidashaari@gmail.com

Saturday, January 30, 2010

Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan

Menyambut kedatangan YB Dato' Ramly Zahari


YB Dato' Ramly sedang menandatangani kedatangannya

Tanggal 30 Januari 2010 menyaksikan satu lagi detik bersejarah buat sekumpulan bekas pelajar SRC yang telah lama berkepingin dan berazam untuk melihat satu pertubuhan yang benar-benar dapat menyatukan semua bekas pelajar SRC.

Mesyuarat agung bermula

Ucapan perasmian oleh YB Dato' Ramly Zahari

Sebahagian dari ahli koperasi yang hadir


Lebih dari 70 orang bekas pelajar SRC sama ada yang senior (tahun 1977 form 6) ataupun yang junior (tahun 1977 form 1) yand dekat mahupun yang jauh telah berkumpul di bangunan Open University Malaysia (Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh) pada jam 3.00ptg bagi menghadiri mesyuarat agung permulaan penubuhan Koperasi Bekas Pelajar SRC.

Para peserta sedang mendengar taklimat mengenai undang-undang penubuhan koperasi

Antara objektif koperasi ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu Sekolah Menengah SRC yang kami cintai dan sanjungi dari dunia ke akhirat. Selain dari itu ianya juga menjadi satu platform bagi menyatukan semua bekas pelajar SRC.



Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah bekas pelajar SRC iaitu YB Dato' Ramly Zahari yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga & Air Negeri Perak D.R.





Mesyuarat agung ini telah melantik 12 orang ahli lembaga pengarah Koperasi yang baru. Beberapa resolusi yang dibentangkan telah diterima sebulat suara oleh semua ahli koperasi yang hadir.

Gambar bersama Saadiah, class mate 5S1 tahun 1976

Gambar senior and junior. Yang tertua nampaknya saya le.

Gambar kenang-kenangan

Gambar kenang-kenangan

Mesyuarat agung tamat pada jam 6.30ptg.

Tuesday, January 19, 2010

Pasukan Bola Lisut Cobra SRC 1976

Yang saya masih ingat dalam gambar ini, berdiri dari kiri, Cikgu Loh Ghee Juan (paling kiri), Suhaimi (7 dari kiri), diikuti Rawa, Chandra Bose, Richard. Duduk dari kiri, Abraham (2 dari kiri), diikuti Asoka, Azmi, Hussain Pak Wan.

Inilah pasukan cobra bola lisut Sekolah Menengah Raja Chulan yang satu masa dulu memang digeruni dan disegani oleh pihak lawan. Orang yang bertanggungjawab menjadikan pasukan bola lisut SRC ini menggerunkan ialah tidak lain tidak bukan Cik Gu Hamdan Bin Sulaiman.

Tapi pasukan kami ini pun bukan calang-calang. Kami sebenarnya adalah generasi kedua pasukan bola lisut yang digeruni setelah mendapat tunjuk ajar dari senior-senior kita seperti Rahman dan Yusof.

Terima kasih kepada Col. Rawa kerana membekalkan gambar nostalgia ini buat kenangan kita bersama.