Saturday, January 30, 2010

Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan

Menyambut kedatangan YB Dato' Ramly Zahari


YB Dato' Ramly sedang menandatangani kedatangannya

Tanggal 30 Januari 2010 menyaksikan satu lagi detik bersejarah buat sekumpulan bekas pelajar SRC yang telah lama berkepingin dan berazam untuk melihat satu pertubuhan yang benar-benar dapat menyatukan semua bekas pelajar SRC.

Mesyuarat agung bermula

Ucapan perasmian oleh YB Dato' Ramly Zahari

Sebahagian dari ahli koperasi yang hadir


Lebih dari 70 orang bekas pelajar SRC sama ada yang senior (tahun 1977 form 6) ataupun yang junior (tahun 1977 form 1) yand dekat mahupun yang jauh telah berkumpul di bangunan Open University Malaysia (Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh) pada jam 3.00ptg bagi menghadiri mesyuarat agung permulaan penubuhan Koperasi Bekas Pelajar SRC.

Para peserta sedang mendengar taklimat mengenai undang-undang penubuhan koperasi

Antara objektif koperasi ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu Sekolah Menengah SRC yang kami cintai dan sanjungi dari dunia ke akhirat. Selain dari itu ianya juga menjadi satu platform bagi menyatukan semua bekas pelajar SRC.



Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah bekas pelajar SRC iaitu YB Dato' Ramly Zahari yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga & Air Negeri Perak D.R.





Mesyuarat agung ini telah melantik 12 orang ahli lembaga pengarah Koperasi yang baru. Beberapa resolusi yang dibentangkan telah diterima sebulat suara oleh semua ahli koperasi yang hadir.

Gambar bersama Saadiah, class mate 5S1 tahun 1976

Gambar senior and junior. Yang tertua nampaknya saya le.

Gambar kenang-kenangan

Gambar kenang-kenangan

Mesyuarat agung tamat pada jam 6.30ptg.

Tuesday, January 19, 2010

Pasukan Bola Lisut Cobra SRC 1976

Yang saya masih ingat dalam gambar ini, berdiri dari kiri, Cikgu Loh Ghee Juan (paling kiri), Suhaimi (7 dari kiri), diikuti Rawa, Chandra Bose, Richard. Duduk dari kiri, Abraham (2 dari kiri), diikuti Asoka, Azmi, Hussain Pak Wan.

Inilah pasukan cobra bola lisut Sekolah Menengah Raja Chulan yang satu masa dulu memang digeruni dan disegani oleh pihak lawan. Orang yang bertanggungjawab menjadikan pasukan bola lisut SRC ini menggerunkan ialah tidak lain tidak bukan Cik Gu Hamdan Bin Sulaiman.

Tapi pasukan kami ini pun bukan calang-calang. Kami sebenarnya adalah generasi kedua pasukan bola lisut yang digeruni setelah mendapat tunjuk ajar dari senior-senior kita seperti Rahman dan Yusof.

Terima kasih kepada Col. Rawa kerana membekalkan gambar nostalgia ini buat kenangan kita bersama.

Notis Mesyuarat Agong Koperasi SRC

Posted by Azizah Karim

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA BAKAL-BAKAL ANGGOTA KOPERASI BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH RAJA CHULAN (IPOH) BERHAD.(KOOPEXSRC)

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Permulaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 30 Januari 2010 (SABTU)
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Open University Malaysia (Pusat Pembelajaran Greenhill),
No. 55-57, Persiaran Greenhill,
30450 Ipoh. (Berhampiran Hotel Syuen, Ipoh)



Peta lokasi adalah seperti di bawah:



Semua bekas pelajar SRC adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi ini dan surat notis berserta borang permohonan kemasukan menjadi ahli akan mula dihantar pada 18 Januari 2010.

Sekiranya ada kemusykilan atau pun pertanyaan, sila hubungi saya di alamat email azizahk98@yahoo.com atau nombor telefon 019-5587740.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas,


AZIZAH BINTI KARIM
Setiausaha Penaja,
Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan (Ipoh) Berhad.

Wednesday, January 13, 2010

Blogger raises RM8,500 for Metro Tabernacle - Star

Jan 13, 2010

KUALA LUMPUR: A blogger who started an Internet fundraising campaign for the Metro Tabernacle Church which was attacked by arsonists managed to raise RM8,467 in just four days.

Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman, 45, started the donation drive on his blog (http://rights2write.wordpress.com) immediately after learning about the attack on the church early on Friday morning.

He said donations came pouring in nationwide, and from as far away as Britain and Europe.

Most of the donors were his blog readers and their friends.
Good Samaritan: Dr Ebinezar (left) receiving the donation from blogger Dr Mohamed at the Metro Tabernacle Church in Desa Melawati Tuesday. Witnessing the handing over of the cheque is ACP Zakaria Pagan.

“People from all walks of life responded to this call to help the church, and 33% of them were Muslim Malays.

“I even had a Malay goat farmer from Tanjung Karang who asked me to buy his goat and put all the money in the fund,” Dr Mohamed said when met after presenting the cheque to church board member Dr Ebinezar John at the church here yesterday.

Sentul OCPD Asst Comm Zakaria Pagan was present at the event.

Dr Mohamed said he wanted to send a strong message to Malaysians and the world that there were many level-headed Muslims in this country who could differentiate between right and wrong.

“There are many Muslims who believe in the value of religion. There are many Muslims who care,” he added. One contributor was 59-year-old Melvin San from Petaling Jaya, who felt compelled to help the church in the spirit of 1Malaysia.

“We have to put aside our differences and instead look at how we’re all the same. The attacks should be a wake-up call for Malaysians to be united,” said San.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010


Kepada kawan-kawan bekas pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan, saya ucapkan "Selamat Tahun Baru". Semoga kita dapat mengharungi segala dugaan dan cabaran dengan tenang dan sukses.