Friday, October 2, 2009

Hamdan Sulaiman - guru SRC yang amat disayangi

2 Oktober 2009 oleh Richard Ng

Setelah sekian lama, akhirnya terjumpa juga salah seorang guru Sekolah Menengah Raja Chulan yang amat kami sayangi iaitu Cikgu Hamdan Sulaiman. Cikgu Hamdan Sulaiman telah memegang banyak jawatan penting dan yang terakhir sekali ialah di syarikat Nauticalink Berhad (kini dikenali sebagai KOSMO TECHNOLOGY INDUSTRIAL BERHAD) memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutifnya. Apabila syarikat Nauticalink Berhad menjalani pengstrukturan syarikat, Cikgu Hamdan telah meninggalkan syarikat yang baru iaitu KOSMO TECHNOLOGY INDUSTRIAL BERHAD.

Profil Cikgu Hamdan Sulaiman yang saya petik dari Laporan Tahunan Syarikat Nautical Berhad

Pelajar SRC tahun 1966 hingga 1974 tentu mengenalinya sebagai seorang guru bola lisut yang amat digeruni. Apa tidaknya, pasukan SRC sering disegani oleh pihak lawan dengan nama pasukan "The Cobra". Saya juga salah seorang ahli pasukan Cobra ini sebagai pitcher. Saya juga adalah Ketua Darjah semasa Cikgu Hamdan menjadi guru darjah Tingkatan 1A pada tahun 1972.

Peristiwa yang amat saya tidak lupa ialah semasa kami mengadakan sambutan Hari Guru, cikgu kelas belum sempat masuk ke kelas habis makanan yang kami bawa. Apa lagi, semua pelajar kena berdiri atas meja dan kena sebat le. Tapi saya tak kena sebab ketua darjah ha ha.

Pada suatu hari kira-kira 5 tahun dahulu, ada satu artikel mengenai saya telah muncul dalam akhbar Utusan Malaysia. pada petang tu, Cikgu Hamdan menelefon saya dan bertanyakan sama ada nama dalam surat khabar itu sebenarnya anak muridnya. Sayapun terkejut kerana tak sangka saya menerima satu panggilan telefon dari bekas guru PJ dan BM saya. Cikgu Hamdan memesan pada saya supaya menelefonnya jika saya berada di KL.

Saya seronok belajar BM dan PJ dengan Cikgu Hamdan. Cikgu Hamdanlah yang berjaya mencungkil bakat saya dalam permainan Bola Lisut. Kalau Cikgu Hamdan ada membaca artikel ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih pada seorang yang saya anggap tokoh guru.

Kalau ada rezeki cikgu, kita akan berjumpa di KL nanti.

3 comments:

Subandrio said...

Saya juga bertemu dengan Cikgu Hamdan semasa beliau bekerja dengan Bukit Cahaya (Bukit Cherakah) sebagai apa saya kurang pasti. Saya dari kumpulan siswa Maktab Turus Angkatan Tentera(MTAT) 1992melakukan lawatan singkat ke Taman Bukit Cahaya sebagai sebahagian dari aktiviti kursus. Ianya lebih kepada mendedahkan penuntut dari luar negara yang turut menghadiri kursus tersebut. Bertemu beliau disitu, mengembalikan ingatan saya terhadap Cikgu Hamdan yang serba boleh dengan Malam 7 Kugiran yang saya rasa boleh diketengahkan dalam Malaysia Book of Record.

ALAMAK said...

Saya merupakan anak saudara kepada Cikgu Hamdan Sulaiman . Dengan amat sedihnya , saya ingin menyampaikan berita bahawa Cikgu Hamdan telah pun meninggal dunia di KL , pada awal pagi ni , pada 12hb Julai , 2010. Semoga Allah menempatkannya di tempat orang2 yang beriman

- Zaid Zahari ( Pelakon / Pengarah / Produser ALAMAK Tv show )

norazida shaari said...

Those were the days..