Thursday, December 31, 2009

Col. Mohd Rawa - SRC 1971 - 1978

31 Disember 2009

Tetiba buka Facebook hari ini, terjumpa mesej sahabat karib saya Mohd Rawa menanyakan sama saya masih ingat kat dia. of course sahabat seperjuangan sama-sama dalam Prefect team dan tinggal di hostel SRC.

Berikut adalah coretan yang saya salin dari facebook Kol. Mohd Rawa:



After my form 6 at the SRC, i was jobless for a year and decided to join military profession in 1979. After 1 year undergone military training as an Officer Cadet at Sebatang Karah Camp, Port Dickson,1 was commissioned as 2nd Lieutenant and posted to First Royal Artillery Regiment.

I continued serving as military officer until now with the rank of Colonel as Chief of Staff at 3rd Artillery Division HQ based in Terendak Camp, Malacca.

I'm staying at Bukit Antarabangsa, Ampang but working in Malacca (weekend husband). Maybe by end of 2010, im going to move my family to my new house at Cheras Vista, Cheras.

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha


Kepada semua bekas-bekas pelajar SRC terimalah Salam Aidil Adhadari saya. Semoga sentiasa ceria di sisi keluarga dan sahabat handai. Beringat-ingat juga pada mereka yang memerlukan lebih dari kita.

Wednesday, November 25, 2009

Burung Terbang Dipipiskan Lada - Insan Marhaen

25 Nov 2009

Terjumpa artikel ini ketika menziarah blog member SRC Tahun 1976ia kat Tingkatan 4S:

Waktu itu aku di tingkatan 4 Sains 3, awal tahun 1976 Sekolah Raja Chulan, Ipoh, Perak. Cikgu Bahasa Malaysia, Puan Habibah, kalau tak silap, mahu kami mengadakan Berbalas Pantun. Pelajar lelaki vs pelajar perempuan.

Walaupun aku ini dikategorikan sebagai pelajar yang pendiam lagi pemalu terutama bila berada di kalangan perempuan namun subjek Bahasa Malaysia adalah subjek kegemaran dan berpantun adalah keterelelan aku.

Sesi jual beli pantun bermula. Semua murid diam bila cikgu Habibah mula menawarkan siapa yang hendak mula dulu. Aku ini mau tapi malu.

Tiba-tiba seorang pelajar perempuan mengangkat tangan. Melati namanya. Perempuan tinggi lampai. Raut wajahnya juga menunjukkan dia seorang yang mahal senyuman. Aku pun bersedia untuk mencatit isi pantunnya.

" Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada. "

Udah tentu pelajar perempuan lain pun gemuruh memberi sokongan. Pelajar lelaki semua diam.

Apa punya pantun daa.... ciplak, getus hatiku.

" Siapa nak jawap ni? " Cabar cikgu Habibah sambil melempar pandangan kepada kami pelajar lelaki yang kebanyakkannya lebih gemar duduk di belakang termasuk aku.

Aku pun memberanikan diri selepas ligat menulis sesuatu atas kertas.

" Memangku puan si Dang Nila,
Berembang buah pedada,
Gila tak gila aku peduli apa,
Burung tu cantik, aku suka pada dia.. "

Dan seluruh pelajar lelaki, wuuuuuuu..........

Aku duduk semula di kerusi dengan berpeluh-peluh rasanya.

Matilah aku. Mesti dia dendam kat aku nih, bisik hatiku.

Dan memang seperti yang kuga tadi. Sok..sek.. di belakang memberitahu aku Melati mengondem pantun aku. Pantun ntah apa-apa, katanya. Takada nilai seni lansung.

Sumber: http://insan-marhaen.blogspot.com/

Permohonan Penubuhan Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan Ipoh Berhad

Nov 25, 2009 Oleh Azizah Karim


Salam bahagia buat semua,

Berita yang amat menggembirakan buat kita semua ialah Permohonan Penubuhan Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan Ipoh Berhad telah pun mendapat kelulusan bagi peringkat Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak pada 18 Nov. 2009.

Oleh itu langkah yang perlu kita perbuat ialah membuat satu Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) secepat mungkin kerana tempoh sah kelulusan hanya 3 bulan sahaja berkuatkuasa dari tarikh kelulusan.

Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) ini hendaklah dihadiri oleh sekurang2nya 50 orang oleh bakal anggota.

Justeru itu, mohon mendapat maklumbalas dan tindakan positif dari semua yang mengetahui hal kelulusan koperasi ini, untuk dimaklumkan kepada semua bekas pelajar yang dikenali dan masih belum mendaftar kepada pihak setiausaha dengan kadar segera.

Surat jemputan menghadiri Mesyuarat Agung Permulaan akan diedarkan kepada semua bakal anggota apabila mendapat tarikh yang sesuai dan mendapat jawapan dari Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak untuk hadir pada waktu itu.

Sumber: http://exsrc.blogspot.com/2009/11/kelulusan-permohonan-penubuhan-koperasi.html

Saturday, November 7, 2009

Seorang lagi member SRC seangkatan dengan Dato' Ramli Zahari dan Jamil Kasa

7 Nov 2009

Cari punya cari akhirnya terjumpa lagi sekeping gambar nostalgia di mana ketika itu pada tahun 1991 sewaktu saya menjadi Pensyarah di Informatics Ipoh. Saya telah ditugaskan untuk mengajar satu kelas perisian komputer iaitu DBase IV kepada sekumpulan staf dari Jabatan Audit Negeri Perak.

Pelajar SRC seperti dalam bulatan merah. Gambar tuan punya badan dengan pakaian kot

Saya ingat rupa dia tapi saya tak ingat nama dia. Yang saya ingat, dia tinggal di hostel SRC bersama dengan Ramli Zahari dan Jamil Kasa. Saya pada ketika itu tahun 1976 juga tinggal di hostel di mana saya berada di Tingkatan 5 dan mereka berada di Tingkat 6 rendah.

Barangkali ada pembaca yang tahu namanya.....

Thursday, October 29, 2009

Gambar Kenangan Kelas Tiusyen 1976

29 Oktober 2009

Gambar kat bawah ni adalah gambar ketika saya sedang mengajar sekumpulan pelajar Tingkatan 3 dalam matapelajaran Matematik. Ketika itu saya sedang menunggu keputusan SPM dan maklumlah nak cari kerja masa itu pun susah.


Hendak tandak sekumpulan ibubapa telah merayu dan memujuk saya supaya mengongsikan ilmu saya untuk membimbing anak-anak mereka. Masa saya di SRC dulu memang terkenal dengan keteroran matematik saya.

Salah seorang bapa kepada pelajar tingkatan 3 ini adalah penjaga surau di Hospital Bahagia Tg. Rambutan. Dengan tempat yang disediakan ini dapat saya menjalankan kelas tiusyen saya yang pertama pada tahun 1976.

Gambar Prefect SRC 1978

29 Oktober 2009

Cari punya cari akhirnya terserempak dengan sekeping gambar nostalgia. Gambar sekumpulan prefect SRC ketika kami ke rumah Zulkifli di Bukit Gantang, Taiping. Sudah tentulah kalau singgah Bukit Gantang tak makan durian buat apa lagi.


Waktu itu kami dalam perjalanan ke satu destinasi .... tapi tak ingat. Al-maklumlah dah hampir 31 tahun lamanya.

Antara nama-nama yang saya ingat: Zulkifli, Allahyarham Harun, Sarjit Singh, Hadi, Zamzuri, Lim ...

Sunday, October 25, 2009

Majlis Deeparaya @ OUM Perak

Pada tanggal 18 Okt 2009 telah diadakan satu Majlis Sambutan Deeparaya di OUM Perak (Jln Lim Bo Seng) antara jam 12tgh hingga 2ptg. Majlis ini telah dihadiri oleh hampir 200 orang pelajar, tutor serta anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ain Simpang Pulai serta anak-anak dari Mother Teresa's Reading Shelter Buntong.

Penyerahan sumbangan dari OUM kepada Pengurus Rumah Anak Yatim Baitul Ain


Penyampaian sumbangan kepada pengurus Mother Teresa's Reading Shelter

Anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ain sedang menjamu selera

Dalam ucapan Deeparayanya, Pengarah OUM Perak, Richard Ng, yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan, Ipoh, mengalu-alukan kehadiran semua pelajar, tutor serta anak-anak yatim yang dijemput sama. Kata beliau, sambutan Deeparaya cukup bermakna bagi OUM Perak kerana bukan sahaja ianya dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara semua pelajar, tutor dan staf OUM Perak malah ianya dapat meraikan orang-orang yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim yang hadir.



Para pelajar sedang mengambil makanan masing-masing



Beginilah suasana Majlis Sambutan Deparaya di OUM Perak

Sebaik sahaja selesai ucapannya, Pengarah OUM Perak menyerahkan sumbangan dari OUM kepada pengurus Rumah Anak Yatim Baitul Ain dan juga pengurus Mother Teresa's Reading Shelter. Anak-anak yatim yang hadir turut dihulurkan duit raya.







Para hadirin kemudian dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan beraneka jenis. Antaranya termasuk lemang serta rendang ayam, nasi himpit, sate, capati, bee hoon goreng, lontong, serta kuih muih.

Friday, October 16, 2009

Seorang lagi bekas pelajar SRC 1971 - 1978 - M. Nadeson

16 Okt 2009


Dah lama saya ingin perkenalkan classmate saya dari tahun 1971 hingga 1978 iaitu sahabat baik saya Nadeson S/O Dato' Marimuthu. Hari ini dapat saya berjumpa dengan beliau sebab saya dijemput ke rumahnya untuk jamuan Deepavali.

Seperti tahun-tahun lepas, saya tidak pernah tidak menghadiri jamuan Deepavali di rumah Nadeson kerana kami memang kawan baik. Bapanya iaitu Dato' Marimuthu adalah bekas senator MIC dan bekas timbalan ketua Bahagian MIC Gopeng juga adalah sahabat karib saya.

Nadeson adalah seorang yang pendiam tapi banyak berfikir dan berusaha sehingga berjaya. Selepas tamat tingkatan 6, beliau telah bekerja sebagai pembancuh ubat di Hospital Besar Ipoh sebelum beliau menjadi seorang guru di Sekolah Menengah Bidor.

Berkat kerajinan dan usahanya beliau telah berjaya mendapat Ijazah Sarjana dalam jurusan Kimia. Memang di sekolah dia seorang pakar kimia. Tempohari bila bekas pelajar SRC 1979-1980 menganjurkan Majlis Raya, saya turut menjemput beliau untuk hadir sama tapi malangnya beliau terpaksa menghantar anaknya pulang ke kampus UM.

Kata Nadeson, di sekolanya ada seorang cikgu bernama Cikgu Rohani juga bekas pelajar SRC junior kita. Saya akan cuba dapatkan sedikit gambaran mengenainya satu hari nanti.


Kepada semua bekas pelajar SRC yang beragama hindu, saya ucapkan "Selamat Deepavali". Semoga anda sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan ceria.

Wednesday, October 14, 2009

Bekas Pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan 1980

Oct 14, 2009 oleh Richard Ng

Semasa saya menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya dan Deepavali anjuran Open University Malaysia (OUM), kampus induk di Kuala Lumpur semalam, saya terserampak seorang lagi bekas pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan (SRC) yang mengenali saya iaitu Sdri Teh Lai Ling.

Sdri Teh Lai Ling semasa mengambil makanannya di Majlis Raya OUM

Saya memang tidak mengenali beliau kerana beliau adalah junior saya. Sdri Teh kini berkhidmat dengan Open University Malaysia sebagai salah seorang ahli akademik di Fakulti Bahasa Inggeris.

Tun Jeanne (berdiri) dan Tun Abdullah (membelakangkan kamera). Turut hadir Tan Sri Azman Hashim

Tetamu kehormat majlis ini ialah Tun Jeanne Abdullah iaitu Canselor OUM serta Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir Tan Sri Azman Hashim iaitu Pro-canselor OUM.

Richard Ng, Pengarah OUM Perak (3 dari kanan) bersama rakan-rakan pengarah OUM yang lain

Diharap jika ada rakan-rakan lain atau bekas-bekas pelajar SRC lain yang membaca artikel, sila kirimkan gambar dan sedikit artikel latar belakang kepada saya melalui emel saya richng88@gamil.com.

Saturday, October 10, 2009

Blog Koperasi Bekas Pelajar SRC

Oct 10, 2009

Tahniah diucapkan pada Sdri Azizah Karim (Setiausaha Penaja) kerana dapat membangunkan sebuah blog untuk SRC iaitu Blog Koperasi Bekas Pelajar SRC.

Terdapat gambar-gambar terkini ketika Majlis Hari Raya Bekas Pelajar SRC anjuran batch 1979 - 1980 pada 26 Sept 2009 di Royal Iph Club.

Blog Koperasi Bekas Pelajar SRC

Antara gambar-gambar yang menarik yang dipetik dari blog ini danyang belum dipaparkan sebelum ini:

Gambar kenangan pada akhir Majlis tersebut

Gambar empunya yang turut menerima cenderahati kerana datang lambat

Turut menerima cenderahati ialah Sdri Azizah Karim

Geng-geng ni jumpa hari tu tapi tak ingat nama depa

So, lepas ini apa rancangan Zizah?

Klik di sini untuk melayari blog tersebut.

Friday, October 2, 2009

YA Tuan Tarmizi Abdul Rahman - Bekas pelajar SRC 1975 - 1976


YA Tuan Tarmizi Abdul Rahman adalah salah seorang bekas pelajar SRC tingkatan 6 tahun 1975 - 1976 kalau tak silap saya seangkatan dengan Sdra Rahman, ketua prefect masa tu. Sdra Tarmizi saya kenali semasa saya tinggal di Hostel SRC dan beliau turut berada di situ.

Sejak di bangku sekolah lagi beliau memang mempunyai imej yang kelihatan cerdik (intelligent look) dan memang mempunyai rupa seorang peguam. Tapi sekarang beliau adalah hakim di Mahkamah Tinggi Ipoh yang dilantik pada 5 Januari 2009.

Sumber: http://202.75.7.131/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=41&Itemid=181&lang=bm&limitstart=3

Hamdan Sulaiman - guru SRC yang amat disayangi

2 Oktober 2009 oleh Richard Ng

Setelah sekian lama, akhirnya terjumpa juga salah seorang guru Sekolah Menengah Raja Chulan yang amat kami sayangi iaitu Cikgu Hamdan Sulaiman. Cikgu Hamdan Sulaiman telah memegang banyak jawatan penting dan yang terakhir sekali ialah di syarikat Nauticalink Berhad (kini dikenali sebagai KOSMO TECHNOLOGY INDUSTRIAL BERHAD) memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutifnya. Apabila syarikat Nauticalink Berhad menjalani pengstrukturan syarikat, Cikgu Hamdan telah meninggalkan syarikat yang baru iaitu KOSMO TECHNOLOGY INDUSTRIAL BERHAD.

Profil Cikgu Hamdan Sulaiman yang saya petik dari Laporan Tahunan Syarikat Nautical Berhad

Pelajar SRC tahun 1966 hingga 1974 tentu mengenalinya sebagai seorang guru bola lisut yang amat digeruni. Apa tidaknya, pasukan SRC sering disegani oleh pihak lawan dengan nama pasukan "The Cobra". Saya juga salah seorang ahli pasukan Cobra ini sebagai pitcher. Saya juga adalah Ketua Darjah semasa Cikgu Hamdan menjadi guru darjah Tingkatan 1A pada tahun 1972.

Peristiwa yang amat saya tidak lupa ialah semasa kami mengadakan sambutan Hari Guru, cikgu kelas belum sempat masuk ke kelas habis makanan yang kami bawa. Apa lagi, semua pelajar kena berdiri atas meja dan kena sebat le. Tapi saya tak kena sebab ketua darjah ha ha.

Pada suatu hari kira-kira 5 tahun dahulu, ada satu artikel mengenai saya telah muncul dalam akhbar Utusan Malaysia. pada petang tu, Cikgu Hamdan menelefon saya dan bertanyakan sama ada nama dalam surat khabar itu sebenarnya anak muridnya. Sayapun terkejut kerana tak sangka saya menerima satu panggilan telefon dari bekas guru PJ dan BM saya. Cikgu Hamdan memesan pada saya supaya menelefonnya jika saya berada di KL.

Saya seronok belajar BM dan PJ dengan Cikgu Hamdan. Cikgu Hamdanlah yang berjaya mencungkil bakat saya dalam permainan Bola Lisut. Kalau Cikgu Hamdan ada membaca artikel ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih pada seorang yang saya anggap tokoh guru.

Kalau ada rezeki cikgu, kita akan berjumpa di KL nanti.

Thursday, October 1, 2009

Klip video yang tak lekang dek panas ...

Berikut adalah klip video yang sentiasa menjadi penghibur sepanjang zaman:

Bujang Lapok pergi ke sekolah:



Labu Labi:



Hj Bakhil Bin Kedekut:



Pendekar Bujang Lapok:



Seniman Bujang Lapok:

Monday, September 28, 2009

Majlis Hari Raya Bekas Pelajar Sekolah Raja Chulan 1979-1980

26 Sept, 2009

Sejarah terlakar sekali lagi pada hari ini apabila lebih dari 100 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan (SRC) berjaya dihimpunkan dalam satu Majlis Hari Raya Aidil Fitri pada kali ke 2 di Royal Ipoh Club di Ipoh pada petang tadi. Saya diberitahu, kali pertama majlis seperti ini telah dilangsungkan di perkarangan KDU, KL tahun lepas.

Walaupun majlis ini anjuran bekas pelajar SRC 1979 - 1980 namun ramai senior termasuk diri saya sendiri telah hadir untuk memberikan sokongan kepada mereka agar majlis seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang. Apapun, kita adalah 1SRC.

Kumpulan senior batch sebelum tahun 1978

Dari kiri: Mohd Firdaus, Richard Ng, Cikgu Rama dan Jalaludin





Perjumpaan hari ini semacam satu nostalgia buat semua yang hadir kerana ada di antara kita walaupun bekerja di sekitar Ipoh dan kawasan sewaktu dengannya, tetapi peluang untuk bersua muka tidak muncul tiba sehinggalah pada hari ini setelah kira-kira 30 tahun tidak berjumpa.

Cikgu Razali sedang menerima cenderahatinya daripada Sdra Lope

Turut menerima cenderahati ialah Dr. Ismail Zain, bekas guru SRC yang kini menjadi pensyarah Institut Perguruan Ipoh

Juga untuk Cikgu Rama

Turut hadir beberapa orang bekas guru SRC seperti Dr. Ismail Zain serta isteri yang juga bekas pelajar SRC iaitu Hendon, Mr. Rama, Cikgu Sairan serta Cikgu Razali. Majlis juga merakamkan penghargaan pada cikgu-cikgu yang hadir dengan memberikan sedikit cenderahati kepada mereka.

Sdra Jamil Kasa juga telah dihadiahkan cenderahati kerana telah berbesar hati untuk membantu dalam menjayakan majlis ini

Antara senior-senior saya yang saya kenali sama-sama tinggal di satu hostel dulu termasuk Sdra Zainol Kamal, Mior, Nasir, Amir dan Sdra Jamil Kasa. Junior-junior yang saya sempat berbual hari ini termasuk Mat Jalaludin, Mohd Firdaus (Bah Suri), Abdul Rahim, Lim Swee Fatt, Aminah, Azizah, Lily Hanom, Man Jaya Mansor, dan ramai lagi.

Inilah barisan AJK yang telah membantu menjayakan majlis ini

Lim Swee Fatt adalah salah seorang dari mereka yang bertuah meneriam hadiah cabutan bertuah

Klip video ucapan wakil bekas pelajar SRC senior:



Klip video uUcapan Sdra Jamil Mat Kasa:



Berbagai juadah Raya telah disediakan dan sambil menjamu selera kami diiringi pacaragam KD Pelanduk. Antara yan tampil ke hadapan untuk menyampaikan lagu masing-masing trmasuk Dr. Ismail Zain dan Sdra Amir. Majlis juga dimeriahkan dengan cabuta bertuah.

Inilah jaduah yang disediakan yang begitu enak sekali

Pada jawatan kuasa majlis, Sdra Lope, Man, Azizah dan Laily diucapkan setinggi tahniah dan terima kasih. Majlis yang bermula jam 2ptg tamat pada jam 6ptg.

Yang paling saya nak sebut di sini ialah usaha murni Sdri Azizah Karim yang telah menguruskan segala persiapan bagi menjayakan majlis. Sama-sama kita doakan semoga Sdri Azizah akan berjaya mendaftarkan persatuan kita kali ini.

Sunday, September 27, 2009

Bekas Pelajar SMK Raja Chulan Batch 1983-1987 Re-union

Sept 27, 2009

Video ini terjumpa kat YouTube semasa buat search untuk paparan semua bekas pelajar SRC. Majlis re-union ini telah diadakan di Intekma pada 11 April 2009.



Ini pula video ucapan YB Yusri:



Juga ditayangkan video nostalgia semasa majlis perjumpaan tersebut:

Saturday, September 26, 2009

Gambar Nostalgia Group SRC 1983 - 1987

Sept 26, 2009

Memang seronok bila dapat tahu ada batch SRC 1983 - 1987 masih berkomunikasi melalui Facebook sebagai satu batch. Kelihatan nama-nama yang masih tif seperti Azizi Harun. Eugene Koh, Yang Rafidah, Shahrul Ikhsan, Zenu Ramly dan sebagainya.

Link facebook tu ada kat sini.

Di sini dipaparkan beberapa keping gambar nostalgia yang dipetik dari facebook tersebut: