Sunday, June 1, 2008
UPACARA PERASMIAN SEKOLAH RAJA CHULAN, IPOH PERAK
Kerajaan telah berusaha untuk menambahkan bilangan sekolah-sekolah di setiap negeri bagi keperluan pendidikan rakyat yang semakin bertambah dengan begitu pesat sekali, setelah negara mencapai kemerdekaan.
Sekolah Raja Chulan merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan di Ipoh Perak bagi menampung keperluan pelajar-pelajar di Ipoh. Sekolah tersebut yang menelan belanja lebih kurang RM 316 ribu, telah dirasmikan pada hari ini 28.3.1969 oleh Menteri Pelajaran Malaysia En. Mohd. Khir Johari.
Di dalam ucapan perasmian antara lain Encik Khir Johari mengusulkan agar guru-guru sentiasa melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan akademik serta mana-mana guru yang mempunyai kelulusan tambahan diberi bonus, sebagaimana yang disebutkan dalam Laporan Aziz.
Berikutan dengan perkara ini guru-guru adalah digalakkan untuk mengambil peperiksaan dan mengikuti kursus yang diadakan dengan diberi kemudahan cuti dan sebagainya bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melengkapkan diri guru-guru sejajar dengan perkembangan pelajaran di negara ini.
Sesungguhnya dengan perasmian sebuah lagi sekolah baru ini menandakan bertambah satu lagi kemajuan di bidang pelajaran untuk generasi yang ada dan yang akan datang. Ini merupakan salah satu di antara banyak kemajuan dan kemudahan dalam pendidikan yang telah diterima semenjak negara ini mencapai kemerdekaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment