Pada penggal kedua tahun 1964, berlaku suatu perubahan dari segi penuntutnya. Selain daripada penuntut yang sedia ada di Sekolah Menengah Anderson, sekolah ini juga menerima penuntut perempuan yang beraliran Melayu dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Ipoh. Mulai detik tersebut, sekolah ini mempunyai penuntut lelaki dan perempuan dan dikenali sebagai Sekolah Menengah (SM) yang pentadbirannya diletakkan di bawah seorang penyelia. Mulai 1 Januari 1967 pula, sekolah ini mempunyai pentadbir sendiri dan jumlah ketika itu 36 buah. Pada masa ini, kelas-kelas di tempatkan di tiga tempat.
Pada 3 Jun 1968, bangunan baru (Bangunan Utama) siap dibina di Jalan Dairy Ipoh dan pada 28 Mac 1989 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan telah dirasmikan oleh YB En. Mohd Khir Johari, Mentei Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

Raja Chulan mendapat pendidikan awal di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kemudiannya, Raja Chulan menuntut di High School Melaka dan seterusnya di Raffles Institut, Singapura. Raja Chulan adalah salah seorang cerdik pandai Melayu pada peringkat awal perkembangan sejarah bangsa.
Beliau berkelulusan undang-undang dan pernah berkhidmat sebagai Hakim, Pegawai Daerah dan Ahli Mesyuarat Federal Council. Sebelum itu, beliau pernah menjawat jawatan Pemungut Hasil Tanah di Taiping iaitu satu jawatan yang sebelumnya tidak pernah dipegang oleh anak Melayu.
Beliau seorang yang petah berbicara, hebat berpidato dan sangat lantang menyuarakan nasib bangsanya dalam Majlis-Majlis Mesyuarat. Sekolah ini mengambil nama seorang tokoh besar dan bersemangat kental untuk menjadi dorongan dan inspirasi kepada seluruh tenaga penggerak dan para pelajar sekolah ini.
No comments:
Post a Comment