Monday, June 2, 2008

Rahman Ibrahim - Ketua Pengawas SRC 1975



Richard (Kiri) bersama Rahman

Sdra Rahman yang saya terjumpa di Tg. Malim pada hari Sabtu lepas setelah sekian lama (barangkali lebih dari 30 tahun). Saya dijemput hadir ke satu majlis kenduri kahwin staf saya yang kebetulannya adalah anak buah Sdra Rahman.

Semasa Rahman berada di SRC pada tahun 1975/1976 sebagai Ketua Pengawas, saya adalah salah seorang pengawas di bawah beliau. Insiden yang tidak dapat kami lupakan ialah bilamana semua pelajar Upper Six boikot guru disiplin semasa itu Cikgu Aziz dan Cik Kandavanam dengan mencukur botak kepala mereka.

Kini Sdra Rahman berada di Universiti Malaya sambil menjalankan perniangaannya bernama RnJ Design & Marketing, sebuah syarikat yang terlibat dengan art & design, advertising, banner, t-shirt dan pembekalan peralatan sukan dan sebagainya.

No comments: