Monday, June 9, 2008

DATO' ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN - Ketua Pengarah Kemas

Dato' Puhat Nayan merupakan teman sekelas dengan Sdra Jamil dan Dato' Ramli Zahari. Semasa beliau berada di SRC pada tahun 1976/1977 (Tkt 6), beliau adalah seorang pengawas sekolah yang menetap di Asrama Raja Chulan di mana kami saling mengenali satu sama lain. Beliau adalah juga seorang pelari pecut sekolah.

Kini beliau adalah Ketua Pengarah Kemas Malaysia. Terdahulu dari ini beliau adalah DO Daerah Kerian dan selepas itu menjadi Pengarah Kemas Perak.

2 comments:

Subandrio said...

Dari Kol Mohd Rawa Hj Seman - Tahniah YBhg Dato', kita pernah bersua semasa Pertandingan Golf MAKSAK kalau tak salah saya.Untuk maklumat sahabat sekelian, Dato' juga merupakan pemegang talipinggang hitam Seni Silat Gayung semasa di sekolah dahulu.Dan seperkara yang perlu diketahui, Dato' juga merupakan bekas seorang Pegawai Tentera semasa beliau berkhidmat didalam Kor Risik jika tak silap saya.

Rozita Ahmad said...

Daripada Rozita

Junior 1 tahun 6R2 (1976)- Sekarang saya Pengetua di SMK Cheras Jaya, Balakong. Tahniah di atas pencapaian. Saya masih di sekolah menjaga anak-anak murid yang pelbagai karenah tapi seronok.