Fundraising drive: Mohammad Nizar waving to the crowd after launching the fund as Roslan (centre) looks on. Gambar ihsan The Star (19 Jun , 2008)
Thursday, June 19, 2008
YB Roslan Shahrom - Ahli Parlimen Bukit Gantung, Perak
YB Roslan Shahrom adalah bekas pelajar Sekolah Raja Chulan tahun 1975 - 1976. Pada tahun 1976, beliau berada dalam Tingkatan 5A1. Beliau juga adalah pemain bola sepak SRC.
Fundraising drive: Mohammad Nizar waving to the crowd after launching the fund as Roslan (centre) looks on. Gambar ihsan The Star (19 Jun , 2008)
Fundraising drive: Mohammad Nizar waving to the crowd after launching the fund as Roslan (centre) looks on. Gambar ihsan The Star (19 Jun , 2008)
Monday, June 9, 2008
DATO' ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN - Ketua Pengarah Kemas
Dato' Puhat Nayan merupakan teman sekelas dengan Sdra Jamil dan Dato' Ramli Zahari. Semasa beliau berada di SRC pada tahun 1976/1977 (Tkt 6), beliau adalah seorang pengawas sekolah yang menetap di Asrama Raja Chulan di mana kami saling mengenali satu sama lain. Beliau adalah juga seorang pelari pecut sekolah. Kini beliau adalah Ketua Pengarah Kemas Malaysia. Terdahulu dari ini beliau adalah DO Daerah Kerian dan selepas itu menjadi Pengarah Kemas Perak.
Monday, June 2, 2008
Rahman Ibrahim - Ketua Pengawas SRC 1975

Richard (Kiri) bersama Rahman
Sdra Rahman yang saya terjumpa di Tg. Malim pada hari Sabtu lepas setelah sekian lama (barangkali lebih dari 30 tahun). Saya dijemput hadir ke satu majlis kenduri kahwin staf saya yang kebetulannya adalah anak buah Sdra Rahman.
Semasa Rahman berada di SRC pada tahun 1975/1976 sebagai Ketua Pengawas, saya adalah salah seorang pengawas di bawah beliau. Insiden yang tidak dapat kami lupakan ialah bilamana semua pelajar Upper Six boikot guru disiplin semasa itu Cikgu Aziz dan Cik Kandavanam dengan mencukur botak kepala mereka.
Kini Sdra Rahman berada di Universiti Malaya sambil menjalankan perniangaannya bernama RnJ Design & Marketing, sebuah syarikat yang terlibat dengan art & design, advertising, banner, t-shirt dan pembekalan peralatan sukan dan sebagainya.
Abdul Jamil Bin Mat Kasa - Pengurus Yayasan Perak
Datuk Ramli Zahari - ADUN

Datuk Ramli Zahari adalah bekas pelajar SRC dari tahun 1976 - 1977. Beliau adalah salah seorang Ketua Pengawas dan Perpustakawan SRC di mana pada masa itu Ketua Pengawas adalah Sdra Mustapha Kamal (Jabatan Pendidikan Perak) dan Ketua Perpustakawan adalah Sdra Mazlan. (Cikgu tapi tak ingat di sekolah mana sekarang).
Datuk Ramli adalah bekas Ahli Exco Pembangunan Industri dan Keusahawanan sebelum PRU12 pada 8 Mac, 2008. Beliau adalah ADUN Manong sekarang.
Sunday, June 1, 2008
Blogger Dr. Rafick - a Chulanian

Dr. Mohamad Rafick, an old boy of SRC Ipoh from 1978 - 1980. He is an active blogger who set the blog: drrafick - Rights 2 Write with the following slogan:
“I do not agree with what you have to say, but I’ll defend to the death your right to say it.”
For more information, visit: http://rights2write.wordpress.com/
Sejarah Penubuhan SM Raja Chulan
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Ipoh bermula sebagai sebahagian daripada Sekolah Menengah Anderson Ipoh pada bulan Januari 1961. Pada masa ini, hanya dibuka sebuah kelas Tingkatan Satu dengan bahasa perantarannya Bahasa Melayu. Pentadbirannya pula dikelolakan oleh Sekolah Menengah Anderson Ipoh dengan penuntut kesemuanya lelaki.
Pada penggal kedua tahun 1964, berlaku suatu perubahan dari segi penuntutnya. Selain daripada penuntut yang sedia ada di Sekolah Menengah Anderson, sekolah ini juga menerima penuntut perempuan yang beraliran Melayu dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Ipoh. Mulai detik tersebut, sekolah ini mempunyai penuntut lelaki dan perempuan dan dikenali sebagai Sekolah Menengah (SM) yang pentadbirannya diletakkan di bawah seorang penyelia. Mulai 1 Januari 1967 pula, sekolah ini mempunyai pentadbir sendiri dan jumlah ketika itu 36 buah. Pada masa ini, kelas-kelas di tempatkan di tiga tempat.
Pada 3 Jun 1968, bangunan baru (Bangunan Utama) siap dibina di Jalan Dairy Ipoh dan pada 28 Mac 1989 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan telah dirasmikan oleh YB En. Mohd Khir Johari, Mentei Pelajaran Malaysia pada ketika itu.
Raja Chulan merupakan salah seorang kerabat Di Raja Perak. Beliau dilahirkan di Sungai Acheh Karian Perak pada tahun 1869 merupakan anak kedua kepada Sultan Abdullah Muhammad Syah dengan isteri baginda, Raja Tipah.
Raja Chulan mendapat pendidikan awal di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kemudiannya, Raja Chulan menuntut di High School Melaka dan seterusnya di Raffles Institut, Singapura. Raja Chulan adalah salah seorang cerdik pandai Melayu pada peringkat awal perkembangan sejarah bangsa.
Beliau berkelulusan undang-undang dan pernah berkhidmat sebagai Hakim, Pegawai Daerah dan Ahli Mesyuarat Federal Council. Sebelum itu, beliau pernah menjawat jawatan Pemungut Hasil Tanah di Taiping iaitu satu jawatan yang sebelumnya tidak pernah dipegang oleh anak Melayu.
Beliau seorang yang petah berbicara, hebat berpidato dan sangat lantang menyuarakan nasib bangsanya dalam Majlis-Majlis Mesyuarat. Sekolah ini mengambil nama seorang tokoh besar dan bersemangat kental untuk menjadi dorongan dan inspirasi kepada seluruh tenaga penggerak dan para pelajar sekolah ini.
Pada penggal kedua tahun 1964, berlaku suatu perubahan dari segi penuntutnya. Selain daripada penuntut yang sedia ada di Sekolah Menengah Anderson, sekolah ini juga menerima penuntut perempuan yang beraliran Melayu dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Ipoh. Mulai detik tersebut, sekolah ini mempunyai penuntut lelaki dan perempuan dan dikenali sebagai Sekolah Menengah (SM) yang pentadbirannya diletakkan di bawah seorang penyelia. Mulai 1 Januari 1967 pula, sekolah ini mempunyai pentadbir sendiri dan jumlah ketika itu 36 buah. Pada masa ini, kelas-kelas di tempatkan di tiga tempat.
Pada 3 Jun 1968, bangunan baru (Bangunan Utama) siap dibina di Jalan Dairy Ipoh dan pada 28 Mac 1989 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan telah dirasmikan oleh YB En. Mohd Khir Johari, Mentei Pelajaran Malaysia pada ketika itu.
Raja Chulan merupakan salah seorang kerabat Di Raja Perak. Beliau dilahirkan di Sungai Acheh Karian Perak pada tahun 1869 merupakan anak kedua kepada Sultan Abdullah Muhammad Syah dengan isteri baginda, Raja Tipah. Raja Chulan mendapat pendidikan awal di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kemudiannya, Raja Chulan menuntut di High School Melaka dan seterusnya di Raffles Institut, Singapura. Raja Chulan adalah salah seorang cerdik pandai Melayu pada peringkat awal perkembangan sejarah bangsa.
Beliau berkelulusan undang-undang dan pernah berkhidmat sebagai Hakim, Pegawai Daerah dan Ahli Mesyuarat Federal Council. Sebelum itu, beliau pernah menjawat jawatan Pemungut Hasil Tanah di Taiping iaitu satu jawatan yang sebelumnya tidak pernah dipegang oleh anak Melayu.
Beliau seorang yang petah berbicara, hebat berpidato dan sangat lantang menyuarakan nasib bangsanya dalam Majlis-Majlis Mesyuarat. Sekolah ini mengambil nama seorang tokoh besar dan bersemangat kental untuk menjadi dorongan dan inspirasi kepada seluruh tenaga penggerak dan para pelajar sekolah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
