Tuesday, March 2, 2010

Jejak Kasih - Gambar Prefect SRC 1975

2 Mac, 2010



Gambar ini telah diuploadkan dalam FaceBook Chandra Bose, salah seorang teman satu kelas sejak Form 1 lagi.

Diharap dengan penampilan gambar Prefect SRC tahun 1975 dalam blog dapat membawa kenangan manis buat semua prefect pada zaman yang sewaktu dengannya. Bagi mereka yang namanya tidak dapat disebutkan di sini, sila berikan maklum balas melalui ruang komen supaya dapat dimuatkan nama-nama mereka untuk kenangan bersama.

Ketua prefect pada masa itu ialah Saudara Rahman, yang kini sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Guru besar SRC pada masa itu ialah Tuan Hj Ghaffar Bin Hashim dan Guru Prefect ialah En. Ismail Bin Salleh, Cik Kandavanam dan Uztaz Zulkifli.

Yang saya masih ingat dalam gambar di atas, berdiri di barisan belakang, dari kiri: Mohd Salim, Richard Ng (ke-4),Chandra Boss (ke-6), Ahmad Sanusi (ke-12), Zainul Kamal (ke-13), Abraham (ke-14), Suriadi (hujung sekali).

3 comments:

Sri Mersing said...

Yop dan adik-adik Yop ramai yang bersekolah di sini. Dah lama Yop tak jenguk SRC. Entah macam mana rupanya kini.

syafiqa saydi said...
This comment has been removed by the author.
syafiqa saydi said...

berdiri barisan ke dua belakang dri kiri che sayang (ke 4)