Monday, February 8, 2010

Gambar Nostalgia dari Sdra Mohd Shahid Ashaari (1967 - 1969)

8 Februari 2010 Oleh Mohd Shahid Ashaari (Pelajar SRC 1967 - 1969)


Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Ipoh bermula sebagai sebahagian daripada Sekolah Menengah Anderson Ipoh pada bulan Januari 1961. Pada masa ini, hanya dibuka sebuah kelas Tingkatan Satu dengan bahasa perantarannya Bahasa Melayu. Pentadbirannya pula dikelolakan oleh Sekolah Menengah Anderson Ipoh dengan penuntut kesemuanya lelaki.


Pada penggal kedua tahun 1964, berlaku suatu perubahan dari segi penuntutnya. Selain daripada penuntut yang sedia ada di Sekolah Menengah Anderson, sekolah ini juga menerima penuntut perempuan yang beraliran Melayu dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Ipoh. Mulai detik tersebut, sekolah ini mempunyai penuntut lelaki dan perempuan dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang pentadbirannya diletakkan di bawah seorang penyelia.


Mulai 1 Januari 1967 pula, sekolah ini mempunyai pentadbir sendiri (Guru Besar nya ialah En. Abdul Razak bin Atur dan Penolong Guru Besar nya ialah En. Sanusi bin Samid) dan jumlah kelas ketika itu 36 buah. Pada masa ini, kelas-kelas (dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) di tempatkan di tiga tempat iaitu:
1) bangunan berhampiran padang disebelah tepi sungai Kinta,
2) bangunan tepi padang sekolah
bagi sesi pagi.
Pada sesi petang pula, sebahagian bangunan Sekolah Anderson juga digunakan untuk kelas, iaitu tambahan kepada kedua-dua bangunan tadi. Kelas bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 diadakan pada sesi petang.


Pada 3 Jun 1968, bangunan baru (Bangunan Utama) siap dibina di Jalan Dairy Ipoh. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berpindah ke bangunan baru di Jalan Dairy, Ipoh.
Kos keseluruhan bagi bangunan dan tanah untuk SRC pada ketika itu bernilai RM 400,000.00.
Kos tersebut adalah bagi tiga bangunan kelas dan satu bangunan kantin sekolah.

Pada 28 Mac 1969. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) telah diberi nama baru iaitu Sekolah Raja Chulan(SRC), Jalan Dairy, Ipoh. Seterusnya pada hari yang sama telah dirasmikan oleh YB En. Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Semasa ini Guru Besar SRC ialah En Yahya bin Shafie, iaitu Guru Besar mulai Tahun 1969.

Mulai sesi persekolahan tahun 1970, satu kelas Tingkatan 4 Sains Tulen di ujudkan selain kelas biasa Tingkatan 4. Ini adalah kerana kerajaan mula memperkenalkan pelajaran aliran sains tulen di sekolah menengah aliran Kebangsaan.

Pada sesi persekolahan mulai Januari 1972 SRC seterusnya melangkah setapak lagi kemajuan dengan diperkenalkan Tingkatan 6 Rendah pula. Pada tahun ini juga sekolah ini mula menempatkan murid-murid Tingkatan 6 diasrama bagi mereka yang tinggal jauh dari sekolah.

=================

Sdra Mohd Shahid Ashaari kini berkhidmat di Jabatan Teknologi Maklumat, LHDN (KL)
Emel: mohdshahidashaari@gmail.com

8 comments:

akmal hisham tak said...

Salam dan Terima kasih pada rakan sekelas saya Encik Mohd Shahid Ashaari. Bila tenguk gambar tersebut teringat zaman persekolahan kita terutama aktiviti pendakian kita ke Gunung Lang dan kayuhan basikal ke Pulau Pangkor. Rakan kita yang telah menjadi arwah ialah Mohd Khalil Darus dan Mohd Yusuf Ismail. Kalau yang lain boleh contact bagus juga untuk kita buat gathering.

Wassalam

Akmal Hisham Tak
(1967-1971)

akmal hisham tak said...

Salam pada semua saya dimaklumkan juga guru kita Cikgu Hamdan Sulaiman juga telah kembali kerahmatullah. Al Fatihah untuk Cikgu kita yang disayangi. Gambar Cikgu Hamdan yang memimpin pasukan takraw bawah 15 tahun(1969)

wassalam

akmal hisham tak

norazida shaari said...

Salam, Saya juga dari batch yang sama 1967 - 1971. Sedih juga bila dapat tahu berita tentang Cikgu Hamdan Sulaiman (he was my favourit Arts teacher - always got A's on drawing subject) Lagi satu nak tau Arwah Mohd Yusuf Ismail tu budak Tambun ke?
can visit me @facebook Norazida Shaari

Ali Hashim said...

hi,Saya Ali hashim 1967-69 class.
My email alihashim@petronas.com.my

Ali Hashim said...

Che Gu hamdan tu pernah mengajar saya art dan juga Guru Kelab Jimnastik. Dia masa tu kawan baik Che Gu Norani( Lelaki) yg mengajar math.
Anyone know how to contact che Gu Wong Chee Foo. Che Math juga, Hope I spelled his name right. Juga Mrs Rajadurai English teacher.ok

Syed Ismail Alyahya said...

Salam,Saya Syed Ismail dari kelas 1970 hingga 1974 kini tinggal dibandar baru sentul,saya sangat2 berterima kasih atas kesungguhan ajk yang megadakan blok ini membuat hati terkenang kembali aktiviti disek tersayang ini.....rakan rakan saya seperti Jerry ooi,rahman mat yassin sanusi,rauf,ariffin noraini samsudindan ramai lagi...guru pula guru habibah,miss kanda,cikgu wong,cikgu jamali,gikgu yahya..masih ramai lagi tapi biar lah buat kali ini sekiranya ada yang mengenali mereka...saya harap dapat join sekali dalam blok ini.terima kasih buat kali ini.

nurhazeyrah said...

Hasmah Othman (1968-1974)
Assalamualaikum, warga SMK Raja Chulan. Saya head girl 1972(ting.5A) dan 1974 (ting.6 Atas 1). Dalam foto pengawas Menengah Rendah tu saya yang rambut tebal mengurai di dahi, Sebelah kiri saya ialah best friend saya arwah Fatimah Mohd.Semoga rohnya di tempatkan bersama para syuhada, Amin. Rakan2 yang lain saya tak tahu mereka di mana.Jika ada rakan2 yang nak menghubungi saya dalam FB,nick name yang saya gunakan dalm FB ialah nama saya. Hasmah othman

Tajul Arus Mohd Ali said...

Tajul Arus bin Mohd Ali (1971-1972)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera...saya adalah penuntut di SRC dalam tahun 1971 - 1972 (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5).
Saudara Mohd Shahid yg mengujudkan blog ini adalah sahabat saya yang sama2 bertugas di LHDNM dan sekarang kami sama2 telah bersara...
Nampaknya blog ini dah tak aktif lagi..