Monday, February 8, 2010

Geng Penghuni Asrama Putra serta Prefect SRC 1977 - 1978

Berikut adalah gambar geng geng penghuni asrama putra dan prefect SRC 1977 - 1978 yang diambil dari facebook Kol Mohd Rawa dan Halele:

Dari kiri: Mat Ayo, Raus, Ghazali, Amir, Rawa, Arwah Harun, Che Ree, dan Zulyadin







Gambar prefect

Gambar pasukan kadet

Gambar Nostalgia dari Sdra Mohd Shahid Ashaari (1967 - 1969)

8 Februari 2010 Oleh Mohd Shahid Ashaari (Pelajar SRC 1967 - 1969)


Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Ipoh bermula sebagai sebahagian daripada Sekolah Menengah Anderson Ipoh pada bulan Januari 1961. Pada masa ini, hanya dibuka sebuah kelas Tingkatan Satu dengan bahasa perantarannya Bahasa Melayu. Pentadbirannya pula dikelolakan oleh Sekolah Menengah Anderson Ipoh dengan penuntut kesemuanya lelaki.


Pada penggal kedua tahun 1964, berlaku suatu perubahan dari segi penuntutnya. Selain daripada penuntut yang sedia ada di Sekolah Menengah Anderson, sekolah ini juga menerima penuntut perempuan yang beraliran Melayu dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Ipoh. Mulai detik tersebut, sekolah ini mempunyai penuntut lelaki dan perempuan dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang pentadbirannya diletakkan di bawah seorang penyelia.


Mulai 1 Januari 1967 pula, sekolah ini mempunyai pentadbir sendiri (Guru Besar nya ialah En. Abdul Razak bin Atur dan Penolong Guru Besar nya ialah En. Sanusi bin Samid) dan jumlah kelas ketika itu 36 buah. Pada masa ini, kelas-kelas (dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) di tempatkan di tiga tempat iaitu:
1) bangunan berhampiran padang disebelah tepi sungai Kinta,
2) bangunan tepi padang sekolah
bagi sesi pagi.
Pada sesi petang pula, sebahagian bangunan Sekolah Anderson juga digunakan untuk kelas, iaitu tambahan kepada kedua-dua bangunan tadi. Kelas bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 diadakan pada sesi petang.


Pada 3 Jun 1968, bangunan baru (Bangunan Utama) siap dibina di Jalan Dairy Ipoh. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berpindah ke bangunan baru di Jalan Dairy, Ipoh.
Kos keseluruhan bagi bangunan dan tanah untuk SRC pada ketika itu bernilai RM 400,000.00.
Kos tersebut adalah bagi tiga bangunan kelas dan satu bangunan kantin sekolah.

Pada 28 Mac 1969. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) telah diberi nama baru iaitu Sekolah Raja Chulan(SRC), Jalan Dairy, Ipoh. Seterusnya pada hari yang sama telah dirasmikan oleh YB En. Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Semasa ini Guru Besar SRC ialah En Yahya bin Shafie, iaitu Guru Besar mulai Tahun 1969.

Mulai sesi persekolahan tahun 1970, satu kelas Tingkatan 4 Sains Tulen di ujudkan selain kelas biasa Tingkatan 4. Ini adalah kerana kerajaan mula memperkenalkan pelajaran aliran sains tulen di sekolah menengah aliran Kebangsaan.

Pada sesi persekolahan mulai Januari 1972 SRC seterusnya melangkah setapak lagi kemajuan dengan diperkenalkan Tingkatan 6 Rendah pula. Pada tahun ini juga sekolah ini mula menempatkan murid-murid Tingkatan 6 diasrama bagi mereka yang tinggal jauh dari sekolah.

=================

Sdra Mohd Shahid Ashaari kini berkhidmat di Jabatan Teknologi Maklumat, LHDN (KL)
Emel: mohdshahidashaari@gmail.com