Saturday, November 7, 2009

Seorang lagi member SRC seangkatan dengan Dato' Ramli Zahari dan Jamil Kasa

7 Nov 2009

Cari punya cari akhirnya terjumpa lagi sekeping gambar nostalgia di mana ketika itu pada tahun 1991 sewaktu saya menjadi Pensyarah di Informatics Ipoh. Saya telah ditugaskan untuk mengajar satu kelas perisian komputer iaitu DBase IV kepada sekumpulan staf dari Jabatan Audit Negeri Perak.

Pelajar SRC seperti dalam bulatan merah. Gambar tuan punya badan dengan pakaian kot

Saya ingat rupa dia tapi saya tak ingat nama dia. Yang saya ingat, dia tinggal di hostel SRC bersama dengan Ramli Zahari dan Jamil Kasa. Saya pada ketika itu tahun 1976 juga tinggal di hostel di mana saya berada di Tingkatan 5 dan mereka berada di Tingkat 6 rendah.

Barangkali ada pembaca yang tahu namanya.....

3 comments:

hentian said...

salam ziarah. ronda-ronda di alam maya terjumpa pula blog ni. Ah, nostaldia la.. Aku student tingkatan 4 sains 3, 1976.

Tak tau pulak SRC ada buat alumni.

Baca blog aku. ada tulis kenangan lama masa sekolah.

izinkan aku link blog ini di blog aku.

Dr Richard Ng said...

Terima kasih Sdra kerana mengunjungi blog ini. Memang menjadai hasrat kita untuk memartabatkan SRC.

Tahun 1976 saya di Tingkatan 5S1.

Unknown said...

richard, u r so gud.saya rasa terharu dgn terjumpanya ruang ini. maklumlah , old timer, bkn reti sgt. balik dr kursus, pratikal la, jmpa la yang ni. tp x byk crite lg. jd x byk nak baca. sy 1st bacth ting 1 1969. leave rc 71 & masuk balik 74-75 sama bacth dgn pengetua rc pn halimaton abd rahim. skrg dia tuka sekolah mana ya.