Posted by Richard Ng
Gambar kenangan ...
Sudah sekian lama blog ini tidak dikemaskini. Yalah masing-masing sibuk mencari rezeki. Walau bagaimanapun, sekumpulan bekas pelajar SRC memang selalu berjumpa di ruang siber melalui Facebook. Bermacam-macam Facebook telah dibangunkan demi memartabatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan yang kita amat sayangi.
Pendaftaran peserta
Antara bekas pelajar VIP
Perbincangan serious. Dari kiri: Dato' Ramly, Azizah, Richard dan Tn. Hj. Alwi
Syahadan maka satu perjumpaan telah diatur oleh AJK Koperasi Bekas Pelajar SRC untuk menemukan semua bekas pelajar SRC dari batch 1970an hinggalah ke batch 1980an. Tempatnya di Regency Tower Hotel di Ipoh pada 26 September 2010.
Dato' Ramly sedang menyampaikan ucapannya
Suasana majlis yang begitu ceria sekali
Lebih dari 150 orang bekas pelajar SRC yang datang dari jauh dan dekat telah hadir. Turut hadir sama ialah Dato' Ramly Zahari, Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato' Puhat Nayan, Ketua Pengarah KEMAS, Tuan Yang Arif, Tarmizi Abdul Rahman, serta Pengetua SRC, yang juga bekas pelajar SRC.
Bermacam-macam juadah disediakan
Bekas guru SRC turut dijemput sama. Antaranya termasuk Dr. Ismail Zain serta isteri, Puan Hendon, yang juga bekas pelajar SRC, Tuan Hj. Alwi, dan Cikgu Sairan.
Bekas guru SRC yang turut hadir sama
Memperkenalkan Pengetua SRC, Pn. Hjh Saadiah
Bayangkan suasana majlis ini bilamana bekas pelajar SRC pada kali pertama bertemu selepas 30 tahun meninggalkan SRC! Masing-masing sibuk bersembang menceritakan berbagai hal sehingga terlupa menjamu selera kuih raya.
Pengetua SRC, Pn. Hjh Saadiah, sedang menyampaikan ucapannya
Apapun diucapkan tahniah kepada Sdri Azizah Karim, Pengerusi Koperasi Bekas Pelajar SRC yang telah mengambil inisiatif bersama-sama dengan AJKnya dalam menjayakan majlis ini.
Bergambar bersama Dato' Puhat Nayan (kiri)
Geng 71 - 78. Dari Kiri: Zamhuri, Jamal, Rawa, Siti Arab, Chantra Bose, Richard Ng, Zaharulail, Nadeson, Suhaimi dan An Azah
Geng-geng saya dalam batch 1971-1978 yang turut hadir termasuk Kol. Rawa, Chantra Bose, Nadeson, Fauziah Ghulam, Zamhuri, Abdul Jamal, An Azah, Mohd Adnan, Zaharulail, Suhaimi, dan Siti Arab.
.... bersambung
Wednesday, December 15, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)