Monday, September 28, 2009

Majlis Hari Raya Bekas Pelajar Sekolah Raja Chulan 1979-1980

26 Sept, 2009

Sejarah terlakar sekali lagi pada hari ini apabila lebih dari 100 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Raja Chulan (SRC) berjaya dihimpunkan dalam satu Majlis Hari Raya Aidil Fitri pada kali ke 2 di Royal Ipoh Club di Ipoh pada petang tadi. Saya diberitahu, kali pertama majlis seperti ini telah dilangsungkan di perkarangan KDU, KL tahun lepas.

Walaupun majlis ini anjuran bekas pelajar SRC 1979 - 1980 namun ramai senior termasuk diri saya sendiri telah hadir untuk memberikan sokongan kepada mereka agar majlis seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang. Apapun, kita adalah 1SRC.

Kumpulan senior batch sebelum tahun 1978

Dari kiri: Mohd Firdaus, Richard Ng, Cikgu Rama dan Jalaludin





Perjumpaan hari ini semacam satu nostalgia buat semua yang hadir kerana ada di antara kita walaupun bekerja di sekitar Ipoh dan kawasan sewaktu dengannya, tetapi peluang untuk bersua muka tidak muncul tiba sehinggalah pada hari ini setelah kira-kira 30 tahun tidak berjumpa.

Cikgu Razali sedang menerima cenderahatinya daripada Sdra Lope

Turut menerima cenderahati ialah Dr. Ismail Zain, bekas guru SRC yang kini menjadi pensyarah Institut Perguruan Ipoh

Juga untuk Cikgu Rama

Turut hadir beberapa orang bekas guru SRC seperti Dr. Ismail Zain serta isteri yang juga bekas pelajar SRC iaitu Hendon, Mr. Rama, Cikgu Sairan serta Cikgu Razali. Majlis juga merakamkan penghargaan pada cikgu-cikgu yang hadir dengan memberikan sedikit cenderahati kepada mereka.

Sdra Jamil Kasa juga telah dihadiahkan cenderahati kerana telah berbesar hati untuk membantu dalam menjayakan majlis ini

Antara senior-senior saya yang saya kenali sama-sama tinggal di satu hostel dulu termasuk Sdra Zainol Kamal, Mior, Nasir, Amir dan Sdra Jamil Kasa. Junior-junior yang saya sempat berbual hari ini termasuk Mat Jalaludin, Mohd Firdaus (Bah Suri), Abdul Rahim, Lim Swee Fatt, Aminah, Azizah, Lily Hanom, Man Jaya Mansor, dan ramai lagi.

Inilah barisan AJK yang telah membantu menjayakan majlis ini

Lim Swee Fatt adalah salah seorang dari mereka yang bertuah meneriam hadiah cabutan bertuah

Klip video ucapan wakil bekas pelajar SRC senior:



Klip video uUcapan Sdra Jamil Mat Kasa:



Berbagai juadah Raya telah disediakan dan sambil menjamu selera kami diiringi pacaragam KD Pelanduk. Antara yan tampil ke hadapan untuk menyampaikan lagu masing-masing trmasuk Dr. Ismail Zain dan Sdra Amir. Majlis juga dimeriahkan dengan cabuta bertuah.

Inilah jaduah yang disediakan yang begitu enak sekali

Pada jawatan kuasa majlis, Sdra Lope, Man, Azizah dan Laily diucapkan setinggi tahniah dan terima kasih. Majlis yang bermula jam 2ptg tamat pada jam 6ptg.

Yang paling saya nak sebut di sini ialah usaha murni Sdri Azizah Karim yang telah menguruskan segala persiapan bagi menjayakan majlis. Sama-sama kita doakan semoga Sdri Azizah akan berjaya mendaftarkan persatuan kita kali ini.

Sunday, September 27, 2009

Bekas Pelajar SMK Raja Chulan Batch 1983-1987 Re-union

Sept 27, 2009

Video ini terjumpa kat YouTube semasa buat search untuk paparan semua bekas pelajar SRC. Majlis re-union ini telah diadakan di Intekma pada 11 April 2009.



Ini pula video ucapan YB Yusri:



Juga ditayangkan video nostalgia semasa majlis perjumpaan tersebut:

Saturday, September 26, 2009

Gambar Nostalgia Group SRC 1983 - 1987

Sept 26, 2009

Memang seronok bila dapat tahu ada batch SRC 1983 - 1987 masih berkomunikasi melalui Facebook sebagai satu batch. Kelihatan nama-nama yang masih tif seperti Azizi Harun. Eugene Koh, Yang Rafidah, Shahrul Ikhsan, Zenu Ramly dan sebagainya.

Link facebook tu ada kat sini.

Di sini dipaparkan beberapa keping gambar nostalgia yang dipetik dari facebook tersebut:















Thursday, September 17, 2009

Majlis Perjumpaan Hari Raya bekas pelajar SRC

Satu majlis perjumpaan Hari Raya untuk bekas pelajar SRC akan diadakan seperti berikut:


Tarikh: 26 Sept, 2009 (Hari Sabtu)

Masa: 2ptg

Tempat: Royal Ipoh Club (di hadapan Perpustakaan Negeri Perak dan Sekolah SMI)

Bayaran: RM35 seorang (Bagi yang ingin memberi sumbangan tambahan amat dialu-alukan)

Tetamu khas: YB Dato' Ramly Zahari (Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Perak)

Tempat terhad kepada 200 orang sahaja. Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi sekretariat Sdri Azizah Karim melalui H/P: 019-5587740

Diharap semua bekas pelajar SRC yang balik beraya di Ipoh dan kawasan yang sewaktunya dapat memberikan maklum balas positif dengan kadar segera bagi menjayakan perjumpaan ini yang jarang-jarang sekali dapat diadakan.

Semasa perjumpaan ini nanti, sambil kita beraya, kita juga akan membincangkan hala tuju Persatuan bekas pelajar. Sila war-warkan pada rakan SRC yang anda kenali mengenai perjumpaan ini. Gunakan kesempatan ini untuk mengenali bekas pelajar SRC yang telah menghilang diri bagi menjalinkan hubungan silaturahim.

See you 26 Sept 2009.

Thursday, September 10, 2009

Peta Lokasi SRC kot-kot lupa


View Larger Map

Lagu Sekolah SRC - Usaha Tekun Maju dan Jaya

Berikut adalah lirik lagu SRC. Masih ingat lagikah macam mana nak nyanyi lagu ini. Kalau sesiapa ada MP3 nya tolong emelkan pada saya: richng8888@gmail.com. Tq.



"USAHA, TEKUN, JAYA"

Usaha, tekun, maju dan jaya
Itulah tujuan kita utama
Berganding tangan bergerak maju
Bekerjasama tuntut ilmu

Usaha tekun maju dan jaya
Untuk kemajuan bangsa

Taat setia pada sekolah kita
Patuhi taat tertib nyata
Tutur bahasa mestilah dijaga
Panduan hidup buat selama

Usaha tekun maju dan jaya
Untuk kemajuan bangsa